Wednesday 4 January 2012

KELIM DAN KELEPET

KELIM


Selain menjahit kancing, kita juga perlu menjahit kelim meretas. Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin. 


Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian. Selain daripada itu, kelim juga digunakan sebagai hiasan. Kelim Biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar atau sarung.


KELEPET


Kelepet ialah lipatan pada hujung pakaian sebagai penyudah tepi. Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar, hujung lengan baju dan bahagian bawah pakaian. Kelepet yang meretas perlu dijahit dengan segera. Jika dibiarkan, meretas akan menjadi lebih panjang dan pakaian kita akan menjadi rosak.

No comments:

Post a Comment

Sekiranya perlu memberi sebarang komen membina amat saya hargai.
terima kasih...