Wednesday 4 January 2012

MATA JAHITAN ASAS

B) JAHITAN ASAS

Jahitan asas adalah jahitan tangan yang boleh dibuat dengan menggunakan jarum dan benang.


    Terdapat pelbagai jenis jahitan asas yang digunakan dalam jahitan iaitu :-

1. Jahitan Jelujur Kasar

Ia menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik untuk sementara. Ia akan ditanggalkan selepas jahitan kekal dijahit.











2. Jahitan Jelujur Halus

Jahitan menggantikan jahitan mesin. Ia boleh digunakan untuk membuat kedut pada pakaian dan juga sebagai jahitan sulaman.











3. Jahitan Kia

Jahitan ini digunakan sebagai ganti jahitan mesin dan untuk memula atau mematikan jahitan tangan. ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik.










4. Jahitan Sembat

Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepek. Jahitannya kelihatan kecil, halus dan rapat. Ini akan menyebabkan mata jahitan boleh dilihat di sebelah luar fabrik.



















5. Jahitan sembat Susut
 Jahitan ini kemas, halus dan hampir tidak kelihatan di luar fabrik. ia digunakan untuk menjahit kelepek dan lapik.

6. Jahitan Lilit Ubi
Jahitan ini digunakan untuk menyambung tepi fabrik berlipat atau melekatkan tampal dan tampal hias pada artikel dan pakaian.


7. Jahitan Silang Pangkah
Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepek, lapik, pita zip serta digunakan sebagai jahitan sulaman.











8. Jahitan Insang Pari    
Jahitan ini untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk motif.











9) Jahitan Hiasan
Jahitan hiasan biasanya digunakan untuk menghias pakaian, tas tangan dan pelbagai fabrik hiasan.
 
Antara jahitan hiasan ialah sulaman, iaitu :-
 
  i. Sulaman Bebas
  • Flat Stitches
  • Looped Stitches
  • Chained Stitches
  • Couching Stitches
  ii. Sulaman mengira Benang
  • Jahit Suji Bilang
  • Sulaman Assisi
  • Sulaman Hardenger
  • Drawn Fabric Embroidery
  • Drawn Thread Embroidery
Contoh jahitan cross stitch:




10) Jahitan Kancing
 Jahitan jenis ini digunakan bagi menutup belah pada pakaian dan sebagai hiasan.






  • Cangkuk dan Palang











11) Jahitan Butang
Butang dijahit pada pakaian dan artikel kelengkapan rumahtangga dan lain-lain.

Terdapat dua jenis butang  iaitu :-
  • Butang Bertangkai ( Butang satu lubang)
  • Butang Tanpa Tangkai ( Butang Dua/Empat Lubang)

  
  • Butang Satu Lubang







  • Butang Dua Lubang






  • Butang Empat Lubang









  • Butang katup












12) Jahitan Zip
Zip dijahit pada pakaian, artikel, rumahtangga dan lain-lain. Zip adalah kancing yang tahan lama dan boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz. Terdapat dua zip iaitu nilon dan logam.


  • Zip






13) Cangkuk dan Palang
Jahitan cangkuk dan palang merupakan kancing yang kukuh. Ia biasanya dijahit pada ikatan pinggang dan tali pingang.


14) Jahitan Manik
   Terdapat dua jenis jahitan manik iaitu:


  • Jahitan Manik Saiz Besar 







  • Jahitan Manik Saiz Kecil












15) Jahitan Labuci
Jahitan ini bertujuan untuk menghias dan mencantikkan fabrik terutamanya pakaian.Antaranya adalah seperti :-




  • Jahitan Labuci









  • Jahitan Labuci Bercorak Bunga Bersama Manik 


















16) Jenis-Jenis Fabrik    
  Antara jenis-jenis fabrik adalah seperti kapas, sutera, nilon, kasa, poliester, dan linen.



No comments:

Post a Comment

Sekiranya perlu memberi sebarang komen membina amat saya hargai.
terima kasih...