Wednesday 4 January 2012

PENGENALAN

Salam satu Malaysia..

Selamat datang ke laman seni jahitan Cikgu Zuriyati.
Harap ilmu jahitan ini dapat diaplikasikan oleh semua yang melayari laman ini.

Kain kelengkapan rumah yang terdiri daripada langsir, alas meja, cadar, dan sarung kusyen serta pakaian dihasilkan melalui kerja seni jahitan cantuman fabrik. 

Saya akan menerangkan tajuk-tajuk penting dalam topik ini, antaranya ialah alatan jahitan, bahan jahitan, mata jahitan asas, jenis kancing, menjahit kancing, kelim, dan kelepet.


A) ASAS ALATAN JAHITAN
Gunting digunakan untuk menggunting fabrik sahaja.












Benang digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin.













Jarum jahit/jarum tangan digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik.














Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit sebelum menjahit jelujur.




Pita Ukur digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.












Lain-lain peralatan jahitan seperti:-
* Kapur tukang jahit digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik.
* Penetas jahitan digunakan untuk menanggalkan benang jelujur, menetas jahitan tangan atau jahitan mesin dan membuat lubang butang.
* Pembaris lurus digunakan untuk mengukur dan menanda bahagian yang hendak digunting atau dijahit.
* Seterika digunakan untuk melicinkan fabrik dan menekan mata jahitan.


BAHAN JAHITAN
Benang digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin. 
Antara benang yang digunakan adalah:-
* Benang Polister




* Benang Wull
*Benang Cross Stitch



















No comments:

Post a Comment

Sekiranya perlu memberi sebarang komen membina amat saya hargai.
terima kasih...